AGENSI-AGENSI LUAR YANG BERHUBUNGAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima telah menjalin hubungan dengan berbagai institusi luar yang berfaedah kepada seluruh warga SMKASL. Antara instutusi tersebut adalah ;

1. Bank Pertanian Malaysia

   Bank cawangan pekan Sg Besar telah bersedia dan telah beroperasi menyediakan perkhidmatan kaunternya beberapa hari seminggu khusus membantu para pelajar menyimpan wang simpanan mereka dan mengambil wang. Pihak sekolah dengan kerjasama bank tersebut telah menyediakan satu ruangan khas kaunter bank tersebut untuk kemudahan pelajar dan seluruh staf SMKASL.

2. Hospital Desa Sg Besar.

   Perkhidmatan rawatan kesihatan dan penyeliaan pergigian khusus untuk pelajar disumbangkan oleh Jabatan Kesihatan dengan perkhidmatan rawatan dua minggu sekali. Hubungan ini sangat berfaedah dalam memastikan pelajar yang sihat dalam semua aspek. Khidmat kesihatan akan diperluaskan dari masa ke semasa mengikut keperluan.

3. Majlis Daerah Sabak Bernam

   Salah satu institusi kerajaan yang tidak kurang pentingnya dalam menjayakan program-program pendidikan dan sebagainya. Banyak di antara kemudahan awam yang telah disumbangkan oleh pihak ini dalam membantu sekolah melaksanakan program kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun